INFO Sandalwood AKA Cendana spesis Santalum Album Sp. (bacaan 5minit+-)
Antara bahan haruman sejak berkurun lamanya, dalam pelbagai tamadun dan budaya seluruh dunia. Dari kalangan pendeta, pembesar dan kerabat diraja, bahkan kasta pahlawan samurai di Jepun, amat rapat hubungannya dengan aroma cendana.
Antara minyak cendana yang termasyhur di dunia, adalah Mysore sandalwood oil (spesis Santalum Album) , Mysore merupakan satu daerah di India.
Kebanyakan perfumer atau attar artisan, bila mahukan aroma sandalwood, akan cari aroma Mysore Sandalwood. Kenapa? Kerana aromanya....
Tapi adakah Mysore yang terbaik secara mutlak? Dalam bidang aroma, sangat subjektif.
Dikatakan bahawa ribuan tahun yang lalu, benih Santalum album sebenarnya berasal dari kepulauan Nusantara, dan telah sampai dengan semulajadi ke tanah Hindi, menurut sebahagian pengkaji.
Inilah dia, dalam gambar di bawah, Santalum Album sandalwood oil dari kepulauan Nusantara, aroma yang dapat menandingi kebanyakan mysore sandalwood pada zaman kini. Bahkan, boleh jadi peminat sandalwood juga boleh tersangka ia adalah mysore, jika tidak diberitahu.
Refreshing citrus note, creamy buttery elements, sweet woody powdery dry down pada hujungnya.. Ditambah dengan sentuhan herba dan akar kayu, memberi identiti nusantara yang lebih dekat di hati.